Thursday, April 10, 2014

Tarbiyah Allah

" Bila selangkah ku rapat padaMu, seribu langkah Kau rapat padaku :') "
kata- kata ini bukan sebarangan. bukan hanya rekaan dan bukan sandiwara. aku, telah melalui pengalaman tersebut.

dikala aku mula mengenal Islam, tanpa mengetahui apa-apa. aku hanya mengikut. dan mengikut, dan terus mengikut. apa sahaja yang mereka lakukan. aku tiru. mereka adalah inspirasi ku. mungkin, apa yg aku niatkan dahulu, Allah dengar dan Allah tahu nilainya.

dulu, aku buta. apa yang aku tahu hanya membangkang. mempersoalkan. membawa hati dan diri. membatu. mengeras. mendiamkan diri. mengasingkan diri. tapi kini, setelah aku diberikan ilham oleh Allah, aku terlihat. betapa cantiknya perancangan Allah buatku.

dikala aku selangkah menghampiri kemungkaran, kemaksiatan, dan kesesatan, aku diberikan petunjuk oleh Allah. di berikan peringatan. yang jika diberikan kepada orang lain, mungkin mereka tak perasan. walaupun aku tersedar akan tindakan ku, aku keliru. apa yg perlu aku buat. teruskan. atau tinggalkan. tapi bagaimana? ku mohon lagi petunjuk dari Allah.

dikala aku melangkah beberapa tapak ke arah sana. aku diberikan petunjuk yg lebih jelas. Allah jentikkan petunjuk yg lebih terang. kemudian, aku beransur cuba mengurangkan kemungkaran yg aku lakukan. tetapi sampai bila ia mampu bertahan. ku mohon lagi petunjuk dari Allah.

dikala aku MAHU BERLARI ke arah kemungkaran. dikala aku sedang mengambil posisi, Allah memberikanku petunjuk yang lebih besar. yang mana hanya aku yang memahaminya. dan aku bersyukur. kerana petunjuk tersebut. aku kembali mengundur. perlahan-lahan.

dikala aku berundur dari kemungkaran, Allah jentikkan kepadaku kesedaran yang nyata. mungkin untuk aku mempercepatkan lagi langkahku untuk kembali ke pangkal jalan. kesedaran yang diungkapkan oleh adik se-usrahku.

"akak, kita nampak akak telah berjaya memegang hati kami. akak tahu macam mana nak buat bila berhadapan orang macam ni. macam ni. dan macam ni. dlm usrah kita, ada yang baru kenal, ada yang perlahan, ada yang lambat, ada yang memang okay. Apa yang kita nampak, inilah tarbiyah Allah yang Allah dah berikan kepada akak, yang kita tak pasti sama ada akak sedar atau tidak."**

SENTAP.
tarbiyah Allah..
rupanya selama ini, Allah mengajar aku macam-macam. Allah berikan aku ilham untuk pegang hati mereka. Allah pilih aku. aku bukan minta pujian, tapi keadaan aku yang baru sahaja bertatih mendalami Islam membuatku kurang keyakinan dalam mendekati dan bercerita dengan orang lain. dengan sedikit suntikan kata-kata adik ini, aku berjaya mengungkai lebih lagi keindahan perancangan Allah. SubhanAllah.

dulu, aku tak percaya, kenapa orang kata aku hebat. aku tak percaya kenapa orang kata aku boleh bercakap. aku tak percaya, aku menolak, dan aku tiada keyakinan.

kini, aku semakin yakin. aku ingin belajar lebih lagi. aku ingin menjadi seperti mereka. mereka yang lantang bersuara di khalayak ramai mengenai pendirian mereka.

aku tahu, aku perlu bercakap. kerana aku telah dipilih oleh Allah. aku telah menerima dan masih lagi dalam Tarbiyah-Nya yang istimewa dan aku tak boleh sia-siakannya dengan menyimpan untuk diri sendiri.

AKU PERLU BERKONGSI. AKU PERLU LAKUKAN SESUATU.
dan sedarkah anda, mungkin anda juga diberikan tarbiyah yang sama dari Allah, bezanya ialah antum tak perasan tentang perkara itu.
JOM RESEARCH APA YANG ALLAH BERIKAN PADA KITA DAN DEVELOP-nya UNTUK DIRI DAN UMMAH. In shaa Allah.

dikala aku taip post ini, baru aku sedar sesuatu. sesuatu yang sungguh indah. yang aku rasakan, biarlah aku ceritakan kepada usrahku sahaja.

aku ialah aku yg sekarang. apa yg membentuk aku yg sekarang ialah pengalaman yg lalu. aku berada dalam keadaan ini, atas doa insan-insan yang menyayangiku. dan aku menjadi antara pilihan-Nya.

SubhanAllah, Maha Suci Allah, Tuhan sekalian alam. perancangannya sungguh indah. doakanlah agar saya terus istiqamah dalam Islam & perjuangan dan terhindar dari riak.

**ayat lain, makna lebih kurang. ada lagi sikit ayat dia. tp takpela. haha

Wednesday, April 9, 2014

my twennies :)

My birthday is on 6th April.

thankyou my beloved friends and families for the wishes. i hope you will forgive me and halalkanlah makan, minum, amanah yang tak terlaksana dan duit yang digunakan.

nak cerita. time birthday tu, roommate bagi manila kad yang besar dan kosong dan di mintanya utk tulis:

20 THINGS YOU WANNA DO ON YOUR TWENNIES :)

I want to

  1. Rehlah with roommates
  2. 3.8- GPA
  3. Jaga amanah(gerak kerja)
  4. melawat rumah adik-adik usrah
  5. banyak baca buku & news
  6. be soft dengan adik setiap hari
  7. lantang bersuara mengenai sesuatu isu
  8. work before entering kuantan
  9. master photoshop
  10. jaga hubungan dgn manusia ( banyak senyum & peramah )
  11. mantapkan thaqafah ( kefahaman/pemikiran)
  12. cari identiti diri
  13. diet & kurus
  14. cari pengalaman sebagai facilitator
  15. contribute more to the ummah, family, roommates, friends & mahallah (asrama/kolej)
  16. write many good articles
  17. upgrade phone
  18. do something to my roommates, so that they will remember me.
lagi dua dirahsiakan. haha.

doakanlah semoga kesemua perkara di atas ini dapat dilaksanakan, In shaa Allah.

Monday, March 3, 2014

Tarbiyah

Tarbiyah

Jika ia indah
Kenapa ramai yang lari?

Jika ia indah
Kenapa setengah orang seakan alergik?

Jika ia indah
Mengapa yang tolak?

Hakikatnya tarbiyah itu bukan dilimpahi dengan kemewahan
Tarbiyah itu pahit
Pahit bagi yang memikirkan soal dunia
Pahit bagi yang melupakan tempat akhirat itulah akhir tempat bagi yang bergelar insan.

Fakta
Tarbiyah itu manis
Tarbiyah itu hebat
bagi orang yang ingin berehat hanya di SyurgaNya

Dan bertuahlah bagi yang melalui proses tarbiyah yang panjang itu

Moga kau akan terus kuat di jalanNya wahai orang yang ditarbiyah!
Dan sebarkanlah cinta bahawa tarbiyah itu indah!:)

credit to: Zawin Najah

Wednesday, February 26, 2014

Heart Or Mind?

Sometimes we wish our heart would listen to our mind, and other times we wish our mind could understand our heart.

A result from the war between my heart and mind; just another poem: 

I thought you overcame that fear,
I thought you've learnt a lot throughout the years,
I thought you'd waste no more tears,
Simply by the things that you hear.

I thought you've grown braver,
I thought you've become stronger,
I thought trials have made you tougher,
Yet why are you crying over something so mere?

I thought you'd put your words into action,
I thought you were determined to finish this mission,
But I guess those thoughts are only assumptions.
Because it seems that your will has faded,
Just as the rainbows evanescence.

Tell me, honestly,
What made your heart shatter into pieces?
What striked you so hard till you lost your traces?

Could it be because of what he has uttered,
Or maybe the words she's spoken?
Could it be that you've created distance between you and your Creator,
And that your faith has somewhat shaken?

I'm pleading you to stop.
Stop dawdling and wake up.
Stop reminiscing your mistakes, instead learn from them,
And realize that it's never too late to return to Him.

So regain your strength; this, I beg you.
Because I know there'so much more to do,
This duty as a daie, you have to fulfill,
By that you'll find peace and happiness by Allah's will.

Hopefully one day you'll be someone much better,
And yes i'm talking to you; that girl in the mirror. 

credit to: amira sofiyah ameruddin

Tuesday, February 25, 2014

Kita Bina Hidup Ini

Kita bina hidup ini
dengan kecukupan bukan dengan kelebihan
dengan kejayaan bukan dengan kecemerlangan
dengan kemudahan bukan dengan kesenangan
dengan keperluan bukan dengan kemahuan
dengan kebaikan bukan dengan kesempurnaan
dengan kekayaan bukan dengan kemewahan
dengan kesediaan bukan dengan ketahuan.

Kita bina hidup ini
bukan dengan manisnya janji tapi dengan pahitnya mengotakannya
bukan dengan indahnya kata tapi dengan sukarnya menyuarakannya
bukan dengan tingginya darjat tapi dengan payahnya memikulnya
bukan dengan banyaknya ilmu tapi dengan kurangnya mendiamkannya
bukan dengan panjangnya nyawa tapi dengan pendeknya mensia-siakannya.

Kita bina hidup ini
dengan mimpi menjadi nyata bukan dengan nyata bertukar mimpi
dengan angan menjadi cita bukan dengan cita bertukar angan
dengan beri menjadi jujur bukan dengan jujur bertukar beri
dengan nokhtah menjadi langkah bukan dengan langkah bertukar nokhtah.

Kita bina hidup ini
bukan untuk terus hidup
tapi untuk hidup seterusnya.

by : Hakim Radzuan

The Difference

Di mahallah, diriku dipanggil President.
walaupun taklifat yang diberikan sangat besar, tidak ku pandang berat mengenai panggilan tersebut.
Ku bawa diri ke mana sahaja bersama personaliti ku yang biasa ini.
Ku pandang semua orang sama sahaja.
Pada ku, mereka dan aku sama.
tiada beza diantara kami kerana kita semua adalah manusia yang sering melakukan kesilapan.

Pada suatu hari, ku duduk bersama seorang adik dan bertegur sapa dengannya.
"akak, nak tahu tak... time Taaruf Week dulu. Saya selalu perhati akak."
"yeke. kenapa macam tu?"
"sebab saya suka tengok ketua saya.. akak la.. president.. dulu kat sekolah pun saya selalu perhati ketua pelajar sekolah saya.."
"wahh.. akak biasa sahaja..."
"tapi kan akak.. time tu. saya pernah lalu sebelah akak dan tegur akak.. tapi akak tak balas tau. kecewa saya.."
"akak minta maaf tapi mungkin akak tak perasan .. sebabnya akak ni selalu jawab je kalau orang tegur.."
"saya ingat akak sombong tau dengan saya.. dah la akak garang dan akak tak senyum pun bila jalan"
"mungkin time tu akak tengah fikir kot. awak tahu kan akak macam mana.. kadang- kadang tak  perasan dengan keadaan sekeliling.. maafkan akak.."
"tapi lepas masuk MRC dan kenal akak, rupanya akak sangat lain.. seronok je duduk dengan akak.. saya selalu kacau akak."

nak katanya di sini, perbualan di atas ialah salah satu daripada bukti yang menunjukkan betapa orang memandang tingginya seorang President @ Ketua.

Sejak itu, diri ini, sentiasa alert dengan keadaan sekeliling dan cuba untuk menjadi yang terbaik. mungkin ada sesetengah perkara itu ialah satu hipokrit buat diriku. tapi orang kata

Alhamdulillah, ada certain perkara yang awkward pada mulanya, lepas beberapa ketika menjadi satu kebiasaan.

konklusi:
walaupun kita rasa diri kita ni insan biasa, tak punya apa-apa, kurang kehebatan dan tidak banyak pengorbanannya, ketahuilah bahawa sebenarnya,
pada pandangan mereka. seorang ketua ialah seorang ketua.

Dear Leaders, You Are An INSPIRATION To Others