Sunday, May 14, 2023

Ampuni Dosaku Ya Allah

Sesungguhnya Manusia itu sentiasa melakukan dosa dan tiada satu pun yang maksum melainkan Nabi Muhammad SAW. Bezanya samaada dosa yang dilakukan itu adalah dosa besar atau dosa kecil. Sesungguhnya dosa itu boleh dihapuskan dengan kesakitan dan pelbagai cara lain. Oleh itu, setiap dari kita yang sedang mengalami kesakitan, bersabar lah... beristighfar lah.. bertaubat lah.. dan berdoa kepada Yang Esa agar diampunkan segala dosa-dosa dan dipermudahkan dalam menghadapi kesakitan yang sedang dialami. Allah menguji kita kerana Allah menyanyangi kita. Allah menguji kita kerana Allah rindu kita. Allah rindu rintihan kita terhadapNya. Allah rindu kebergantungan kita terhadapNya. Allah rindu penyerahan kita terhadapNya. Maka, kembalilah kepada Allah Yang Esa. Kembalilah bertaubat kepada Allah Yang Maha Pengampun. Kembalilah berdoa kepada Allah Yang Maha Mendengar. Kembalilah mengharap kepada Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Kembalilah berserah diri kepada Allah Yang Maha Mengetahui segalanya di langit dan di bumi. Walau sebesar dan sebanyak mana sekalipun dosa yang telah kita lakukan, selagi mana kita masih hidup, masih ada peluang untuk kita bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah SWT. Ingatlah, tiada daya upaya kita untuk melakukan sesuatu melainkan dengan keizinan-Nya. Segala apa yang terjadi adalah atas ketentuanNya dan telah tertulis di Luh Mahfuz sejak dahulu lagi. Marilah kita bersama-sama berdoa kepada Allah dan mohon keampunan daripadaNya.

Monday, April 6, 2015

Hadiah BuatKu

Alhamdulillah genap sudah usiaku selama 21 tahun diberikan peluang untuk belajar mengenal Allah di muka bumi ini. Walaupun aku belum lagi betul – betul mengenali Allah ( suatu hari nanti In Shaa allah) , aku diberikan oleh-Nya peluang untuk melakukan kebaikan, kerosakan, kemungkaran, kemaksiatan, kezaliman, kesalahan dan pengorbanan. Hidup ini tidak selalunya indah. Adakala disinari oleh pelangi yang indah dan adakalanya ditemani guruh yang sambar-menyambar.

Dari kesalahan dan kesilapan inilah aku belajar banyak perkara. Inilah permulaan di mana aku mula melakukan perubahan. Perubahan tidak berlaku secara tiba-tiba sebaliknya ia datang dengan izin Allah dan hanya kepada insan yang dipilih-Nya pada bila-bila masa tanpa sebarang sebab. Allah muliakan orang yang dia mahu, Allah juga hinakan orang yang dia mahu. Jangan kita menghina diri kita.

Ingatlah, kita ini hanya manusia biasa yang tidak punya apa-apa, lantas kuasa apakah yang kita ada untuk menghinakan diri yang dimuliakan oleh Allah, sedang ini semua merupakan pinjaman-Nya kepada kita sahaja. Maka siapakah kita untuk menghukum diri sendiri. Siapakah penilai yang sebenar? Diri sendiri atau Allah? Manusia atau Allah?

Maha suci Allah, Tuhan yang Maha mengetahui segala sesuatu.

Tatkala dia mendatangkan ilham kepada kita, mengapa perlu kita menidakkannya? Mengapa tidak kita renungkan seketika? Kesombongan apakah ini?

Muhasabah itu penting. Masa tidak akan diputar kembali. Jangan kerana tindakan bodoh kita selama 5minit menjadikan kita dalam kalangan orang yang menzalimi. Penyesalan di kemudian hari tidak membawa apa-apa faedah walaupun ia mampu dijadikan sebagai penanda aras kepada suatu permulaan baru. Berhadapan dengan realiti walaupun setelah menceritakan kebenaran yang pahit bukanlah sesuatu yang mudah.

Setiap perkara mempunyai sebab dan akibat, di setiap kegembiraan terdapat kesedihan, di setiap kesedihan terdapat kegembiraan, disetiap kemungkaran terdapat balasannya, begitu juga disetiap kebaikan terdapat balasannya. Soalnya ialah, mampukah kita bertahan dalam setiap situasi ini? Allah sentiasa menguji hamba-hambanya dalam apa jua keadaan pada bila-bila masa. Jangan pernah kita berasa takut untuk memohon kemaafan orang lain walaupun jika kita melakukan kesalahan yang paling besar.

Sewaktu muda, kita mungkin selalu mengumpat, membuat cerita, menjaja cerita yang mungkin untuk menyedapkan hati sendiri yang sedang berduka atas sesuatu perkara. Namun, semakin kita menuju ke alam dewasa pelbagai kesedaran yang telah kita terima dan telah menemui beberapa penemuan. Rata – rata pasti akan berasa malu, serba salah dan menyesal atas perbuatan lalu. Walau bagaimana pun, kesedaran sahaja tidak cukup. Tindakan yang tepat juga perlu menyusul kesedaran tersebut demi membuktikan bahawa kita sedang berubah.

Mengaku atas kesalahan yang dilakukan ketika kita tidak matang bukanlah perkara yang mudah dan tidak mudah juga untuk disuarakan, diungkitkan serta diceritakan kembali. Kekuatan untuk berhadapan situsi itu perlu dipohon daripada pemilik hati. Berdoalah agar dipermudahkan segalanya dan berdoalah agar dibantu oleh Allah untuk menyusun kata yang baik.

Namun begitu, harus diingatkan bahawa perlu ada beberapa tatatertib yang perlu dijaga sebelum memohon kemaafan. Pertama, haruslah bersedia dan berlapang dada dengan apa jua keputusan, tindakan dan kata-kata yang bakal dikeluarkan oleh pihak yang lain. Kedua, berusaha sebaik mungkin untuk menceritakan perkara yang sebenar tanpa berselindung walau pahit mana pun kebenaran tersebut. Ketiga, bersedia untuk melakukan perubahan berasarkan atas apa yang disepakati bersama.

Mengapa perlu kita berhadapan dengan perkara yang telah lama berlalu, walhal hidup ini sentiasa ke hadapan dan kita tidak memandang ke belakang. Hal ini kerana kita ingin mencari ketenangan. Kita mahu menyelesaikan segala masalah, hutang, perselisihan faham di dunia, sementara diberikan masa oleh Allah sebelum Dia melakukan perhitungan tersebut di Akhirat sana.

Mungkin juga selepas memberitahu kebenaran, ukhuwah sesama kita tidak begitu erat seperti sebelum ini, tetapi apa kan daya. Inilah balasan atas perbuatan kita pada usia muda. Itulah hakikatnya dan itulah perkara yang perlu ditelan tanpa sebarang keluhan. Kerana apa? Kerana itu kesalahan kita sendiri. Tetapi yakinlah, bahawasanya Allah itu Maha berKuasa dan dialah yang memiliki hati- hati ini. Tidak mustahil, suatu hari nanti kedua hati ini mampu berdamai semula kerana kedua-duanya telah redha dan diberi Izin oleh-Nya. Allahumma Amiinn..

UNIC - doa Rabitah dan Lirik

In shaa Allah, lepas berterus terang mungkin hati ini akan berasa sakit, tetapi, percayalah terdapat sedikit keringanan. Semestinya kerana kita telah berasa lapang dan damai. Namun, jangan kita terus bersedih hati, sebaliknya berzikirlah kepadanya dengan sepenuh hati, bertaubat dan istiqomahlah dalam berdoa serta berusaha untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. Al-Quran juga jangan ditinggal.

Walau sedih mana pun kita, walaupun kata-kata dia pedas, terimalah. Menangislah, Bersedihlah. Tetapi bangkitlah semula. Jangan kita mengambil masa yang lama untuk bersedih kerana hidup ini perlu diteruskan.

Aku yakin, ketenangan dan perasaan yang damai ini ialah hadiah terbaik buatku.
Bagaimana pula anda?

Jom kita berubah !
Mungkin mustahil, mungkin senang, mungkin susah, mungkin sama, mungkin tak sama, tetapi tak kisah!
Semoga saya dan kalian diberikan ilham oleh Allah mengenai apakah tindakan yang sewajarnya kita lakukan tatkala kita memasang hasrat untuk berubah dan melakukan perubahan.